Langkau ke kandungan utama

Emas; Kekayaan Yang Boleh Dialih


Syiling emas lama dan baru - sumber google

Ketika berlakunya perang yang memusnahkan vietnam sekitar tahun 70an, ramai pelarian perang yang lari meninggalkan tempat tinggal, rumah dan tanah milik mereka. 

Aset-aset ini menjadi tidak laku dan hanya boleh ditinggalkan. 

Bayangkan jika pelarian ini, bertindak lari dengan membawa wang tunai, adakah laku duit mereka? Bila perang berlaku, inflasi matawang juga turut berlaku. Jika sebelum ini anda kaya, boleh jadi muflis dalam sekelip mata.

Ketika berlakunya kejadian seperti perang dan bencana, emas adalah aset kekayaan universal yang mampu di alih dan dibawa kemana sahaja. Walaupon kelak anda tidak mampu berkomunikasi lisan, namun emas tetaplah emas. Boleh diterima dimana sahaja.

Malah emas telah pon digunakan sebagai matawang sejak zaman berzaman. Dipercayai, syiling emas pertama digunakan lebih 2000 tahun dahulu. 
Dinar emas dan dirham perak telah diamalkan secara berkesan pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman Bani ‘Uthmaniah.

Manakala, sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas digunakan sebagai mata wang tunggal bermula tahun 1870 sehingga 1914.

Selepas itu mata wang emas masih dikekalkan dan digunakan bersama wang kertas sehingga tahun 1973, di mana penggunaannya dimansuhkan sama sekali dan sekaligus digantikan dengan
wang kertas semata-mata.

Penggunaan dinar emas di Malaysia semakin mendapat sambutan selepas isu ini dibincangkan secara meluas selepas krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1998.
Di sinilah kita melihat pelbagai masalah timbul akibat mata wang dunia diapungkan tanpa diikat atau ditambat dengan nilai emas.

Maka, tidak hairanlah sekiranya isu penggunaan semula emas cuba dibincangkan semula oleh ahli ekonomi dunia kerana emas pernah menjadi mata wang terunggul dan berkuasa suatu masa dahulu.


Dipetik dari ejournal
SEJARAH DINAR EMAS DAN KRONOLOGI PERTUKARAN MATA WANG DUNIA


"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan