Langkau ke kandungan utama

Apa perlu buat bila harga emas turun?

Ada orang tanya saya tentang situasi harga emas yang menurun. Apa nak buat?

Pertama sekali, perlu diingat, emas adalah simpanan pelaburan jangka masa panjang. Bak kata sifu saya, macam pelari marathon, sifatnya jarak jauh. Kalau nak cepat, nak sprint 100 meter, emas bukanlah medium terbaik. Boleh cari pelaburan lain yang boleh untung rugi dalam masa sehari, gitu.

Emas kena simpan lama. Lagi lama lagi bagus. Ikut pada pengalaman saya yang tak seberapa ni, harga emas ni naik dan turun. Turunnya sikit tapi harganya konsisten mendaki.

Jadi saya nak bagi 3 tips untuk anda.


𝟏. 𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚:
Letak dalam minda anda. Emas adalah simpanan atau pelaburan untuk jangka masa panjang. Paling bagus 3 tahun minima. Paling bagus, beli dan pegang selama yang mungkin. Biasanya bila dah beli, lupakan sebagai aset.

Semakin lama anda memegang emas, maka semakin bagus untuk anda. Saya pernah beli emas ketika harga 1 gram hanyalah RM90 sahaja. 20 tahun kemudian, 1 gram berharga RM260.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐧.
Strategi pelaburan emas yang terbaik adalah konsisten membeli. Harga rendah beli, harga mahal pon beli. Jadi kita bole dapatkan pemurataan harga bagi 1 gram emas. yang penting konsisten beli.

Strategi paling tak boleh pakai ialah beli emas sekali, lepas tu harap harga emas naik! Percayalah, perkara ni yang paling kerap orang buat dan paling selalu saya jumpa. Ini bukan strategi pelaburan. Ini adalah perjudian (gamble)!

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚: 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐬𝐞𝐭
Bila harga turun, anggaplah itu peluang untuk anda beli barang mahal pada harga murah.

Memandangkan emas ialah aset fizikal yang mahal, maka anggaplah anda berpeluang beli benda mahal pada harga diskaun.

Seronok kan?

Dengan kata lain, pelaburan emas boleh jadi mindset game. Jika anda faham game ini maka anda akan menang.

Senang kan?
 

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan