Tabiat menyimpan bina kekayaan

Tabung duit untuk tabung GAP

    Ramai orang ingat, orang kaya atau berduit ialah orang yang berpendapatan atau bergaji tinggi. Sebenarnya kekayaan bukanlah terletak kepada berapa banyak gaji atau pendapatan kita. Tetapi berapa banyak duit yang tinggal dan disimpan selepas berbelanja.

Tabiat suka menyimpan bukan sifat semulajadi tetapi sesuatu yang boleh diasuh dan dilatih. Simpanan mesti dipaksa. Jika tidak dipaksa, sampai mati pun kita tidak akan ada simpanan.

Besar mana pun gaji, ia akan selalu tidak cukup. Amalkan untuk selalu anggap gaji kita bukanlah sebanyak yang kita dapat. Potong siap-siap sebagai simpanan paksa.

A yang bergaji RM5,000 sudah tentu dilihat lebih kaya daripada B yang hanya bergaji RM2,000. Tetapi jika kedua-duanya menyimpan RM500 pada setiap bulan, maka B itulah sebenarnya yang akan menjadi lebih kaya.

Contoh mudah, simpanan dikira 10% daripada jumlah gaji. Misalnya, orang bergaji RM2,000 mesti menyimpan 10% iaitu RM200 daripada gajinya. Jadi, dari awal-awal lagi, anggap saja gajinya hanya RM1,800.

Macamana nak lupakan simpanan? Cara paling mudah, tukar ke bentuk lain selain daripada duit. Tukar jadi aset yang menyimpan nilai jangka panjang macam emas. InsyaAllah berjaya.

Orang yang selalu gagal simpan duit, memang wajib ubah cara simpan. Kalau tak, akan begitulah sampai bila-bila pun.

Ok, pengasingan duit 10%, 20% ni memang senang nak aplikasi bagi yang mempunyai kerjaya dan bergaji tetap. Boleh plan atau rancang perbelanjaan bulanan.

Kalau kerjaya surirumah yang bekerja goyang kaki tanpa ada pendapatan tetap tiap-tiap bulan macam mana?
Sudah mencuba teknik tabung hijau, tabung merah, tabung oren tapi masih tak berjaya sebab ada sahaja duit kena tarik keluar?

Boleh cuba satu cara lagi, simpan apa-apa sahaja duit lebihan. Seringgit pon simpan. Duit syiling lagilah saya simpan. Simpan betul- betul cara menabung. Sediakan beberapa tabung di beberapa tempat.

Contohnya, sebelah mesin basuh. Walaupon yang kita jumpa bukan duit kita, kita masuk juga dalam tabung.
Letak satu sebelah mesin jahit, kadang-kadang ada duit dalam beg doraemon ( beg yang ada macam-macam khazanah tu) waktu kemas beg mesti ada duit selit, ok masuk tabung.

Setahun esok, boleh cuba try tengok berapa ada. Paling-paling boleh beli 2-3 gram emas tu!



#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit

#PublicGoldKuantan 
#DealerPublicGoldKuantan
#AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan
#AkaunEmas
#PublicGoldPahang



Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama