Tak lekat simpan duit? Cuba simpan emas


Simpan sikit-sikit dalam akaun GAP. Bila dah dapat cukup gram yang diidamkan, kita keluarkan cik dinar.


"Selama ni simpan duit tak pernah lekat. Ada sahaja benda nak beli, duit nak guna. Baru je dapat 5k minggu lepas, minggu ni tinggal 4k sahaja. Tak tau mana peginya duit?"

Walaupun duit itu penting, tapi rasa berduit itu sangatlah bahaya. Paling teruk kalau seseorang tu sebenarnya tak berduit tapi berlagak macam (rasa) berduit! Mereka biasanya selalu fikir untuk belanja. Dan selalunya berbelanja melebihi daripada kemampuan sebenar dengan membuat hutang jahat.

Bagi mereka yang sememang berduit dan rasa berduit pula, duitnya mudah (cepat) bocor. Simpan sekejap, bocor semula. Simpanan tak pernah lekat. Bila simpan duit susah lekat, mungkin kita juga susah nak ada dana kecemasan. Jika dana kecemasan juga tiada, bagaimana nak memiliki aset-aset lain?

Ini memang perkara biasa, melalui pengalaman sendiri juga. Bila nampak jumlah angka didalam akaun tu, perasaan nak berbelanja memang ada. Salah satu penawar bagi orang yang susah nak simpan duit adalah EMAS.

Sebab orang yang simpan emas mereka akan rasa macam tak berduit, sedangkan hakikat yang sebenar emas tu adalah duit. Bila duit dah bertukar jadi emas, kita tidak lagi terfikir hendak beli itu ini atau berbelanja kepada perkara yang bukan-bukan.

Nafsu berbelanja kita dapat di kawal dengan tukarkan duit simpanan jadi emas sebab emas dapat hilangkan kita "rasa berduit". Duit kalau dah bertukar jadi emas, kita akan ada tempoh bertenang untuk membelanjakannya sebab dihati kita akan timbul perasaan sayang bila hendak menjualnya semula kelak.

Ada juga yang mengaku, bila dah ketagih beli dan simpan emas ni, nak beli benda lain pon berkira! Yelah, bayangkan jika terasa nak beli beg tangan mahal yang berharga ratusan ringgit. Terus terbayang berapa gram emas yang boleh dapat dengan nilai yang sama.

Bila dah faham perangai diri sendiri ni, memang terus ubah cara simpan duit. Ada duit walaupon sedikit, pasti akan diketepikan. Janji cukup RM100, saya akan terus masuk tabung GAP, tukar menjadi gram-gram emas. Duit dah tak nampak, hanya berat emas je yang boleh lihat.

Maklum sahajalah, untuk suri rumah yang tiada sumber pendapatan tetap, memang susah saya nak buat simpanan komitmen. Jadi akaun GAP memang menjadi pilihan. Lebih-lebih lagi bila pendapatan kita ada turun naik. Bila ada lebih kita simpan lebih. Bila takda, kita duduk diam-diam je la ye!


#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit #PublicGoldKuantan #DealerPublicGoldKuantan #AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan #AkaunEmas #PublicGoldPahang



Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama