Langkau ke kandungan utama

Perang di Aqsa

Sungguh sesak rasa bila baca pelbagai teori di media sosial. Bukalah video youtube, baca di Facebook dan Twitter, berlambak cerita mengenai ini.

Beberapa hari lepas saya ada menonton satu bual bicara santai oleh Ustaz Mohib Khouli. Beliau mengulas tentang satu solat jemaah di Masjid Al-Aqsa penghujung ramadan lalu. Tentang bagaimana imam besar Al-Aqsa mengimami solat dengan bacaan surah Al-Israa'.

Didalam video tersebut, Ustaz Mohib mengupas sedikit tentang pemilihan surah Al-Israa' dalam solat jemaah yang dihadiri oleh ribuan umat Islam Palestin.
Pada permulaan surah tersebut, Allah mengesahkan keberkatan tanah Baitulmaqdis dan menyebut perjalanan isra Nabi Muhammad.

Kemudian Allah peringatkan tentang kaum bani Israel.
"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
(Al-Israa' 17:5)

Dua kali. Jelas Allah sebut akan berlaku dua kali. Peristiwa pertama sudah berlaku. Peristiwa kali kedua masih menjadi rahsia Allah. Ketika sesi bual bicara bersama Ustaz Mohib Khouli, beliau meminta kami bersama-sama buka quran dan semak ayat tersebut.

Subhanallah, betapa bijaknya Imam Masjid Al-Aqsa, ketika Palestin sedang digasak tentera Zionist, beliau alunkan surah ini sebagai ingatan akan janji-janji Allah serta meniup semangat juang para mujahid... dan air mata ini tumpah juga.

Allah dah janji, saudara kita tidak akan gugur sia-sia.

Sebagai saudara, mari kita kirimkan doa buat mereka. Buat yang berpuasa 6 Syawal, mari kita gunakan waktu mustajab doa untuk doakan saudara kita.

Buatlah apa sahaja cara untuk beri tekanan pada Israel bagi membantah 'pembersihan' Gaza. Dalam segala keghairahan tentera bawang, mari jaga jari kita.. tujuan tak menghalalkan cara.

Buat sahabat yang mampu, kita hulurkan bantuan dari segi kewangan. Mengikut perkembangan semasa, simpanlah duit cash dan emas fizikal. Kenapa emas? Sebab emas mudah dibawa dan dicairkan. Bila berlaku perang, orang tak bawa rumah, bangunan kedai, saham dan bitcoin.


Bersedialah selagi mampu. Sedia, sedia, sedia.

Gambar ikhsan google



"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan