Langkau ke kandungan utama

Antara gold bar dan dinar, mana satu pilihan hati

 Masa mula-mula beli emas di PG, saya dalam dilema. Nak ambil gold bar empat segi atau dinar yang bulat-bulat. Walaupon saya tahu, keduanya berketulenan emas 999.9%, tiada beza sebenarnya.

Hahahaha, ini pon jadi masalah buat saya. Sebagai orang yang pentingkan simetri dan garisan align, bentuk segi ni sangat-sangat memenuhi kriteria saya. Selain itu, gold bar mempunyai berat dengan kenaikan yang seragam. Dia datang dalam berat 5gram, 10gram, 20gram dan 50gram. Secara asasnya gandaan berat yang mudah dibuat kira-kira.

Manakala dinar pula, berbentuk bulat ataupon organik menurut pandangan saya yang tiada elemen sama aras. Sakit mata bila saya tengok saiz yang tak seragam ni. Kemudian beratnya yang didalam kiraan unik. Walaupon dinar juga dibuat dalam gandaan berat, tapi dia susah nak lekat di kepala saya. 

Jika 1/2 dinar beratnya ialah 2.125gram, gandaannya ialah 1 dinar seberat 4.25gram. Kemudian untuk 5 dinar pula 21.25gram, iaitu 5 kali berat 1 dinar.

Katalah saya ada sekeping untuk setiap 1/2 dinar, 1 dinar dan 5 dinar. Berapa berat emas yang saya ada?Aduhai, berasap juga saya nak buat kira-kira memandangkan congak adalah kelemahan saya. Kemahiran saya ialah tekan kalkulator sahaja.

Saya malas nak fikir banyak, saya decide untuk keluarkan dinar dan gold bar melalui akaun GAP dan bayaran EPP. Selagi saya tak pegang sendiri ditangan, saya tak boleh nak buat keputusan yang mana yang saya lebih suka.

Saya ambil masa beberapa bulan untuk kumpul dan akhirnya saya berjaya juga keluarkan ketulan emas ini sebagai reference untuk diri sendiri. Saya perlu pegang, belek dan rasa sendiri!


Sebelah-menyebelah

Oleh kerana berat dinar dan goldbar yang berbeza, untuk perbandingan yang paling hampir ialah dengan

Gold bar Bunga Mas 5 gram = 1 Dinar 4.25 gram

Gold bar Bunga Mas 20 gram = 5 Dinar 21.25 gram

Kiri: 20g Bunga Mas dan 5 Dinar.                        Kanan: 5g Bunga Mas dan 1 Dinar 



Jatuh cinta pandang pertama


Betullah kata orang, tak kenal maka tak cinta!

Selama ni banyak sangat alasan untuk saya tidak sukakan dinar. Tak suka bentuk bulatlah, susah kira beratlah.. ni alasan remeh yang saya bagi pada diri sendiri. Kelakar pula bila ingatkan balik.

Bila saya buka bekas plastik tu, dan pegang.. nah, aura dinar tu terus melekat pada saya! Serius saya katakan, dinar ni sangat-sangat cantik dan halus buatannya. Pertama kali saya pegang 5 dinar ni, saya rasa seakan pemilik harta karun dalam filem Pirate of Carribean!


Filem Pirates of Carribean : Dead man's chest. Saya rasa macam jumpa harta karun.




5 Dinar pertama saya.

Pilihan anda pula yang mana satu? Gold bar atau dinar?


"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan