Bloomberg: Kenapa Billionaire Sam Zell beli emas buat pertama kali

 

Tak ramai yang mengenali Sam Zell kecuali jika anda berada dalam industri pelaburan. Menurut laman wikipedia Sam Zell adalah ahli perniagaan dan dermawan jutawan Amerika. Seorang bekas peguam, Zell adalah pengasas dan ketua Equity Group Investments, sebuah syarikat pelaburan swasta, yang ditubuhkan 52 tahun yang lalu, pada tahun 1968. 

Syarikat ini melabur secara oportunis di seluruh industri dan geografi dan di seluruh struktur modal. Dia mempunyai kepentingan besar dalam, dan merupakan ketua, beberapa syarikat awam yang tersenarai di Bursa Saham New York; Equity Residential (EQR), Equity LifeStyle Properties (ELS), Equity Commonwealth (EQC), dan Covanta Holding Corp. (CVA) , dan Anixter.

Pada tahun 2018, Bloomberg meletakkan Zell sebagai orang terkaya ke-397 di dunia, dengan kekayaan AS $ 4.4 bilion. Pada Oktober 2020, Zell mempunyai harta dengan nilai bersih $ 4.7 bilion, menurut Forbes. 

Sapanjang hayatnya, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas. Beliau memberi alasan bahawa emas tidak mendatangkan pendapatan, malah menyimpan emas memerlukan kos!

Namun pada usianya 79 tahun, pandangan Sam Zell berubah sama sekali.

Pada awal Mei 2021, dalam satu temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US. Beliau berkata "kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami"

"Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi" kata Sam Zell lagi.

"Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi"

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Beliau mengaku "Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas"

Ketika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, itu adalah petanda aras yang yang kita juga patut mula menyimpan emas. Emas terbukti adalah meyimpan nilai yang baik dan kalis inflasi. Jadi, marilah kita alihkan sebahagiannya dalam bentuk emas.

Ada duit belum tentu ada emas. Tetapi, ada emas tentu ada duit.



Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama