Golongan yang dirantai hutang, beli sebab perlu atau nafsu?

 Orang miskin selalunya tak ada hutang. Kenapa? Sebab Bank tak bagi hutang kepada orang miskin. Sebab bank tahu, mereka memang tak mampu nak bayar balik pon.

Jadi siapakah golongan yang paling banyak dibelenggu hutang? Golongan ini kita panggil golongan pertengahan atau 'middle-class'. Mereka ini yang selalu terperangkap dalam masalah hutang.

Golongan 'middle class' buat hutang untuk beli beban. Masalah hutang berlaku bukan sebab tak cukup makan dan pakai. Tapi melayan nafsu berbelanja yang tak sudah-sudah. Bila sesuatu yang di luar kemampuan dianggap sebagai keperluan, jadilah ianya beban.

Siapa pula yang baik hati memberi hutang?

Bank adalah contoh institusi yang suka memberi hutang. Yang penting, perlu ada penyata gaji kerana bank nak lihat sama ada kita mampu bayar hutang atau tidak. Ini termasuklah pembelian secara aset ansuran seperti hartanah dan rumah, sewa beli kenderaan ataupon kad kredit.

Kini, ada juga syarikat-syarikat jualan yang menawarkan pembelian barang eletrik atau gadget yang boleh dibayar secara ansuran. Strategi ini juga dipanggil 'kini semua orang mampu beli'. Nak tekankan juga ya, mampu beli dan mampu hutang adalah dua benda yang berbeza.

Iya, saya tak nafikan, ada justifikasi yang boleh dibuat apabila membeli kita buat keputusan membeli sesuatu gadget berharga ribuan ringgit. Contohnya;

"Bagus, vakum ni boleh sedut sampai ke dasar! Bersih habis satu rumah" 

"Ada gadget ni mudahlah saya nak masak. Boleh buat macam-macam, tak payah beli luar dah lepas ni" 

Biasa dengarkan? Ini contoh ayat-ayat justifikasi keperluan untuk membeli ni.

Kenapa sebab saya sanggup berhutang?
Sanggup buat komitment bulanan beratus ringgit sebulan?
Boleh jawab soalan ni dengan gembira, boleh bayar.. ya silakan. Duit anda, komitmen anda.

x



 Hakikatnya, bila sampai masa kita jemu atau tak larat, tetaplah nak cari makanan luar. Vakum ribuan ringgit yang berkuasa sedutan maksimum tu tetaplah perlu dihayun setiap kali nak bersihkan rumah. Apapun alasan, ianya tetaplah dikira hutang dan kena semak kemampuan kita untuk miliki. 


Gambar ikhsan google


#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit


#PublicGoldKuantan 

#DealerPublicGoldKuantan

#AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan

#AkaunEmas

#PublicGoldPahang













'

Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama