Langkau ke kandungan utama

KESAN INFLASI PADA HARGA BARANG

Pada pertengahan tahun 2021, kita menyaksikan kenaikan beberapa harga barang dalam bidang pembinaan seperti pasir, besi dan bata. Begitu juga kos makanan penternakan seperti dedak juga meningkat. Ini merupakan kesan inflasi tertinggi pada tahun ini.

Setiap kenaikan ini memberi impak yang besar. Kenaikan harga barang binaan akan meningkatkan harga jualan rumah. Kos bahan penternakan dedak menyebabkan harga ayam dan daging meningkat seterusnya mengakibatkan rantaian impak kenaikan pada harga pembuatan seperti nuget, makanan segera dan peniaga makanan.

Secara umumnya, inflasi suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. sumber wikipedia

Atau dalam bahasa mudahnya, kita perlu keluarkan belanja lebih untuk barang yang sama kita beli dulu. Ini kerana, berlaku susut nilai pada duit kita. Ini adalah kelemahan mana-mana duit fiat atau matawang yang yang kita guna sekarang di seuruh dunia kerana ianya tidak bersandarkan kepada emas.

Sejak 10 tahun yang lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai ringgit telah mengalami susut nilai sebanyak 22.9% . Katakanlah anda simpan RM100k dalam bank, walaupun 10 tahun lagi angkanya sama, tetapi nilainya turun 22.9% kerana kuasa belinya susut 22.9%.

Situasi ini, menurut Robert Kiyosaki "savers are loser". Maksudnya orang yang rugi adalah orang yang menyimpan kekayaan dalam bentuk duit.

Biasa dengar "Dulu RM50, boleh beli barang satu troli, sekarang ni boleh dapat 1 plastik barang sebelah tangan"? Gambar dibawah ni jelas menunjukkan nilai inflasi yang kita semua rasai.


Nilai RM50 dulu dan sekarang berbeza akibat inflasi.

Pakar ekonomi juga berkata, kita tidak boleh mengawal inflasi. Jadi apa kita boleh buat?

Apa yang kita boleh buat adalah, mula menyimpan sesuatu yang kalis inflasi iaitu EMAS! Berdasarkan pengalaman sendiri yang mula menyimpan emas sedikit-sedikit beberapa tahun dahulu, kini saya dah jelas nampak kesan inflasi ini tidak beri impak pada emas fizikal. Kita akan lihat hasilnya jika terus konsisten meyimpan emas bertahun-tahun.


Contoh barang lain yang mengalami inflasi;

Harga minyak pada tahun 2016 ialah RM 21.30 dan ketika ini harganya dikatakan mahal. Ini kerana harga minyak sebelum itu hanya RM 13.25. Selepas 5 tahun harga minyak yang sama sudah menjadi RM 32.65. Mungkinkah harganya minyak masak boleh mencecah RM 50 pada tahun 2030?


Sumber gambar dari google.


Ini baru contoh minyak masak. Soalannya, adakah anda sudah bersedia?


"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan