Langkau ke kandungan utama

Beli emas 1 gram boleh dapat 10 gram, betul ke?


Gambar hiasan ikhsan google

Baru-baru ni kecoh di group emas bila rakan-rakan saya diajak masuk satu syarikat pelaburan emas.


"Keuntungan 100% atas harga emas dunia. keuntungan 5-10 kali ganda"


Ni antara promo yang circulate dikalangan group whatsapp. Ada orang tanya saya soalan umum; boleh percaya ke ada orang jual produk emas yang boleh gandakan jumlah emas kita?

Saya bukanlah orang paling layak cakap pasal emas ni, malah baru setahun jagung pengalaman. Ada juga yang minta saya ulas tentang produk syarikat tersebut. Maaflah, saya memang tak tahu. Apa yang boleh saya jawab cara mudah ikut pemahaman saya, asas emas tu begini sahaja;


  • Emas tak akan berganda dengan sendiri. Saya ulang sekali lagi ya, emas tak akan berganda sendiri. Beli 1gram harini, tahun depan masih 1gram. Jadi sama sekali tidak boleh menjamin emas yang anda beli akan dapat berganda-ganda.
  • Kita tidak sekali-kali boleh menjamin keuntungan harga emas naik 5 atau 10 kali ganda. Harga emas ikut pasaran semasa, naik dan turun. Bagaimana kita nak janjikan keuntungan 5 kali ganda jika 6 bulan mendatang harga emas turun atau hanya stabil?
  • Kalau ada produk yang boleh ganda emas, dia mungkin jatuh dalam salah satu daripada 2 kategori ni saja;
            1) Skim cepat kaya
            2) Gandakan dengan produk lain contohnya pajak emas atau berhutang.

  • Jangan teruja sangat kalau emas kita berganda dalam keadaan kita terpaksa berhutang untuk gandakan emas kita. Yang berhutang belum tentu untung. Tapi yang bagi hutang dah tentu untung sebab walau macamana sekali pun kita tetap kena bayar hutang.
  • Bab untung bila beli emas dengan hutang tu pulak, dia berkadar selari dengan naik turun harga emas. Harga emas kan naik dan turun. Kalau harga emas naik, kita suka la. Kalau harga emas turun?


Saya mohon sangat supaya anda semua lebih berhati-hati dengan tawaran macam ni. Pusing la macamana sekalipun, branding nama apa pon, pelaburan emas berganda-ganda ni lebih menjurus pada skim 'scam' orang. Ramai sangat kawan-kawan yang terdesak, dah mengaku tersontot dengan skim seperti ini. Modal keluar berkepuk, akhirnya hilang lesap begitu sahaja.


Cara terbaik kumpul emas? Ikut cara tok nenek dulu-dulu. Beli emas, simpan dan tunggu.
Ingat tuan-tuan, beli emas mesti dapat pegang emas! Bukan pegang sijil atau penyata milikan sahaja.


Harga emas naik, beli. Harga emas turun, lagilah beli. Kuncinya konsisten sahaja. Ada duit, kita ambil peluang tambah emas. Orang yang menyimpan emas secara tradisional dan konsisten akan lebih mudah dan cepat membina kekayaan.

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Ulasan