Dinar: kaitan dengan ibadat Haji dan korban

Salah satu daripada keistimewaan emas yang paling utama ialah emas berupaya mengekalkan kuasa beli di dalam jangka masa panjang. Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang

Data yang terkumpul selama lebih 400 tahun membuktikan emas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas. Telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil.


Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:


Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

 “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar dan kini selepas 1400 tahun berlalu di tahun 2021, bolehkah kita beli kambing dengan harga 1 Dinar?

Jawapannya... YA, BOLEH! Pada hari ini, 
dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.

Mari kita lihat kuasa beli dinar pada hari ini


Sifir kaitan dinar dengan ibadah Qurban dan Haji sangat mudah.


1 dinar - anda boleh membeli seekor kambing untuk aqiqah mahupon qurban. 

5 dinar - jika anda berhajat melakukan qurban seekor lembu.

10 dinar - jumlah yang harus dipersiapkan untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.


Mudah kan? Semoga boleh jadi panduan untuk sahabat menyimpan dinar dengan niat memudahkan perjalanan ibadah Qurban dan Haji masa akan datang.


#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit


#PublicGoldKuantan 

#DealerPublicGoldKuantan

#AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan

#AkaunEmas

#PublicGoldPahang


Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama