Jadi Dealer Public Gold dengan belian Bungamas dan Dinar di PG Museum serendah 3K

 Pertama kali Public Gold offer promo upgrade dealer melalui PG Museum adalah pada akhir Jun sehingga 15 Julai 2021. Offer ni mula-mula diperkenalkan khas untuk pelajar IPT dan pekerja kerajaan sahaja.


Ketika melihat offer tersebut terdetik didalam hati "Ya Allah, murahnya offer ni". Ketika tu, saya berdoa sangat supaya saya direzekikan offer yang sama.

Kenapa PG Museum? 

Berbeza dengan offer yang PG selalu buat di PG Mall, sebelum ini hanyalah untuk barang kemas di PG Jewel sahaja. Kemudian PG extended offer untuk membeli di Aurora Italia pula. Untuk makluman, offer dealership di PG Mall ni pon dibuat pada harga yang rendah iaitu 3K untuk Normal dealer dan 5K untuk Prority dealer.

Saya rasa jumlah ini sangat-sangat mampu milik untuk semua lebih-lebih lagi bila PG Mall turut beri kemudahan EPP 6 untuk semua promosi ini kecuali di PG Museum.

Yang menjadi halangan untuk saya upgrade melalui PG Mall adalah kerana target diri sendiri yang mahu menyimpan emas 999.9 sahaja sebagai pelaburan atau warchest untuk saya convert kepada hartanah kelak.

Di PG Museum, ada ditawarkan jualan Goldbar Bungamas, Taifook, Dinar dan juga edisi kad 1 dan 1/2 gram yang sesuai dengan target simpanan saya sendiri. 

Walaupon harga per/gram di PG Museum adalah lebih mahal berbanding di website PG, namun bagi saya sangat-sangat berbaloi jika ada incentive terkumpul dalam C-wallet!



Sempena ulangtahun PG pada 31 Julai, Public Gold buat promosi upgrade dealer biasa dan juga melalui PG Mall termasuk PG Museum, terbuka kepada semua golongan. Bukan itu sahaja, PG turut memberi voucher RM20 dan RM25 serta penghantaran percuma sepanjang promosi.


Doa saya dimakbulkan!!

Sejurus selapas Tuan Syukor Hashim selesai war-warkan offer ni di FB Live, saya pon terus menuju ke PG Mall, lebih specific, ke PG Museum. Saya ambil masa membelek dan buat kira-kira, bar atau dinar yang lebih berbaloi serta berapa gram emas yang perlu untuk cukupkan belian minimum requirement upgrade ke Priority Dealer.

Setelah berpuas hati, saya add to cart 10g Bungamas dan 2 dinar. Seterusnya, saya tunggu 31 Julai 2021 supaya saya boleh grab voucher dan free shipping yang ditawarkan.



Secara kasar, setelah ditolak insentif C-wallet dan voucher, saya hanya mengeluarkan duit sendiri (out of pocket) sekitar RM4852 untuk upgrade ke Priority Dealer dengan belian 18g emas. Harga purata emas yang saya bayar adalah sekitar RM269 per gram sama dengan harga semasa pada hari ini iaitu RM269 per gram jika saya beli terus di website Public Gold.

Bezanya, jika di website PG, saya perlu membeli 50g emas atau 10 dinar atau RM10K untuk GAP untuk upgrade ke Priority Dealer.

Kemudian, saya pergi ke website Public Gold untuk melengkapkan proses upgrade ke Priority Dealer dengan membeli Wealth Card sebanyak RM200. Within budget! Saya berjaya upgrade ke Prority Dealer dengan hanya 5K termasuk wealth card. 

Lebih manis, saya dapat upgrade di PG Museum dengan belian Bungamas dan Dinar. Syukur Alhamdulillah, sebahagian duit yang saya dapat daripada insentif PG termasuk di C-wallet, saya gunakan kembali untuk upgrade dealer.

Masih berbaki 2 hari sehingga Isnin untuk dapatkan promosi ni.

 Perlu bantuan? Hubungi saya di www.wasap.my/+60139865668/Dealer PG

#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit


#PublicGoldKuantan 

#DealerPublicGoldKuantan

#AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan

#AkaunEmas

#PublicGoldPahang


Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama