Kos mengerjakan haji turun?

Kontroversi sangat tajuk tu pon.

Tajuk sebenarnya patut; 'Kos menunaikan haji turun 80% jika dibayar dengan emas'. Gitu...

'Kajian' ini dibuat oleh beberapa pakar kewangan di Malaysia. Harga kos mengerjakan haji yang bersubsidi hanya tergunapakai di Malaysia sahaja ye? Ok mari kita tengok jadual kos haji yang berlegar di media sosial.



Ok, kiraan kos menunaikan haji ini adalah berdasarkan harga emas. Pada tahun 2000, seseorang memerlukan lebih kurang 224g simpanan emas untuk membolehkan cukup tabungan untuk ke Mekah. Namun pada tahun 2020, kos yang sama boleh ditampung dengan hanya menyimpan 39g emas sahaja.

Ok, kita cuba contoh situasi;

Perbandingan simpanan emas dan simpanan wang

Bakal Haji A
Pada tahun 2000 seorang bakal haji A menyimpan wang dalam tabung haji RM8500 untuk menunaikan haji pada tahun 2020. Pada tahun 2020 bakal haji A yang menyimpan dalam tabung haji rasa gembira kerana dapati wang dalam tabung hajinya bertambah menjadi Rm15,300 kerana dividen 4% setahun dimana ia gembira dapat menunaikan haji seorang diri

Bakal Haji B
Seorang lagi bakal haji B membeli emas dinar RM8500 pada harga RM38/g ia memperolehi 223 gram emas. Bkal haji B yang membeli emas pula menyimpan emasnya sehingga dia mendapat panggilan haji dan menjualkan emas pada tahun 2020.
Beliau mendapati hasil jualan 223 g X RM 255 iaitu RM52,400.
Bakal haji B dapat menunaikan haji untuk dirinya dan membawa 3 orang ahli keluarga bersama untuk menunaikan haji. Jika bakal haji B pergi seorang diri, dia hanya perlu menjual 39 gram emas sahaja dan baki masih mempunya simpanan sebanyak 184 gram emas. 
Kesimpulannya, simpanan emas adalah lebih baik dan menguntungkan untuk menunaikan umrah atau haji berbanding simpanan wang secara konvensional.

Menarikkan kira-kira ni?

Sempena hari Arafah hari ini, saya doakan semoga kita yang berhajat untuk jadi tetamu Allah akan dipanggil, inshaa Allah. Selamat berpuasa buat yang puasa hari ni dan yang dah niat berkorban jangan gatal-gatal potong kuku.

#simpanemas #simpanemasserendah100 #simpanmasfizikal #AkaunEmasGAP #beliemasserendah100 #goldbar #dinar #emasjongkong #ProgramSimpanEmasSikitSikit


#PublicGoldKuantan 

#DealerPublicGoldKuantan

#AkaunEmasPGKuantan #AkaunEmasPublicGoldKuantan

#AkaunEmas

#PublicGoldPahang



Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama