HARTANAH ATAU EMAS?

Hartanah dan emas adalah aset yang saling melengkapi dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun begitu, dari sudut kecairan aset, emas adalah lebih mudah untuk dicairkan.

Apa yang dimaksudkan dengan aset mudah cair?

Baiklah, kita ambil contoh yang berlegar di media online. Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik Syukri. Baru-baru ini heboh tentang usahawan tersebut yang tertekan kerana aset rumahnya gagal dijual walaupun sudah setahun di iklankan.




Perlu diketahui, semakin mahal harga sesuatu aset hartanah, semakin kurang orang yang mampu memilikikinya. Jadi untuk menjual sesuatu aset hartanah akan mengambil masa sekitar 3 bulan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Okey, cuba kita bayangkan pula jika beliau memiliki emas bernilai RM6 juta. Jongkong-jongkong emas atau emas perhiasan ini boleh dijual sedikit demi sedikit.

Emas ni boleh dibawa kemana-mana, dijual dimana-mana premis Ar-rahnu atau kepada orang perseorangan yang berminat. Kemungkinan juga Saudara Aliff Syukri tidak perlu menjual keseluruhan emas miliknya, jual seberapa yang diperlukan sahaja dan simpan selebihnya.

Ini kelebihan emas berbanding aset hartanah yang tidak boleh dipecah-pecah dan harus dijual seluruhnya.

Sudah faham konsep aset mudah cair yang cuba saya sampaikan?

Walaupon begitu, perlu dingatkan, tulisan ini tidak sekali-kali mengatakan yang emas adalah lebih baik daripada aset hartanah. TIDAK! kedua-dua aset ini sama penting. 

Antara kelebihan emas Public Gold sendiri boleh dijual balik (buy back) kepada kepada Syarikat Public Gold tanpa had berapa pon jumlah kuantiti emas. Ini adalah kekuatan Public Gold dari kemampuan belian balik emas keluarannya. Public Gold juga sangat telus dengan harga Jual dan belian balik emas yang dikemaskini setiap 20 minit.


Yuzlin Yunos

"Misi membantu lebih ramai orang celik emas dan miliki emas fizikal dengan cara paling mudah & mampu milik" - Yuzlin Yunos PG00254964

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama